
Pelajar-pelajar membaikpulih Taman Herba. Besi dari katil yang lama digunasemula.

Kerja-kerja menceriakan Dewan Santapan Puteri
Pelajar Mengecat Surau An-Nur
Mengecat batu-batu di tepi Kolam Baginda
Gambar tahun 2009..Pendaftaran pelajar baru.
Ibubapa mendengar taklimat
Pendaftaran Asrama


Disinilah banyak masa saya untuk membuktikan kredibiliti dalam kerjaya keguruan ini.Saya Menjadi warden bermula 1998 hingga 2002. Berhenti selama 2 tahun kerana cuti belajar dan sambung semula 2005-2008.Bermakna sudah 8 tahun saya menjadi Warden.Hari ini terpaut untuk saya menulis mengenai asrama ini kerana sedikit masa lagi Insyaallah saya akan saya akan meninggalkan kerjaya keguruan ini untuk berkhidmat ke salah satu Universiti di Melaka. Saya berasal sebagai guru lulusan diploma Uitm dan selapas 3 tahun berkhidmat saya menyambung pengajian Sarjana Muda di Uitm Melaka. 2 tahun dilatih di Uitm saya kembali ke sekolah dan menjadi Warden semula di asrama ini.Disinilah segala kepakaran dan semangat yang membara untuk membangunkan anak bangsa bermula. Semangat juang yang membara ini terbit dari penglibatan saya di BiroTatanegara sebagai Pensyarah separuh masa ataupun fasilitator/tenaga penggerak BTN. Ilmu dalam Sarjana Pentadbiran Perniagan juga banyak membantu. Subjek advertising semasa BBA juga dapat dipraktikkan disini. Asrama yang dulunya tidak berseri telah kembali serinya..pelajar yang dulunya lesu pencapaiannya kembali berketrampilan..selepas 2006 kejayaan demi kejayaan di tempa dalam akademik, kecerian dan program-program pelajar.Pencapaian terbaik yang saya abadikan di asrama ini adalah menjadi Asrama Harian Terbaik Negeri Melaka 2007. Lantaran dari itu saya juga di anugerahkan Warden Cemerlang di Anugerah Sri Asrama Terbilang Kebangsaan.Saya amat terharu dengan anugerah itu kerana pada tahun yang sama saya berjuang untuk menaiktaraf asrama ini saya juga sedang belajar ditahun akhir Program MBA diUitm.Bersyukur kepada Tuhan kerana saya dapat memikul tanggungjawab ini dengan baik dan membuahkan hasilnya. Tiada perkataan dapat menerangkan selain dari foto-foto yang akan saya paparkan disini..Walaupun saya bukan juru foto profesional tapi dapat rasanya saya mengambarkan usaha-usaha menaiktaraf aspuri ini dari gambar-gambar tersebut. Saya menggunakan Canon Powershoot.
Pesanan Buat Sang Puteri
Aspuri SMKSA
Disini segalanya kucurahkan segalanya
Keringat dan impianku
bersatu menjadi perjuanganku
Untuk melihat puteri-puteriku
Berdiri sama tinggi
Berlari sama pantas
Terbang sama tinggi
Puteriku
inginku nobatkan kalian
Tandu ilmu
Pewaris perkasa bangsa
Puteriku...
Menatap wajahmu disini
Seakan lesu kakiku
untuk melangkah pergi..
Puteriku..
Perjuangan ini masih belum selesai
untuk menawan setiap detik dan waktu
di penghujung perjalananku
puteriku....
Kau telah dewasa dalam pelukanku
Berlarilah.....
Kita berjumpa disinggahsana....
aspuri dalam kenangan
Opss ...something urgent..nanti sambung load gambar